JUE AZIZ MALU TONTON AKSI PANAS

#KAPSUL......JUE AZIZ MALU TONTON KEMBALI AKSI PANAS


Jue Aziz, aktres manis dan manja mengakui dirinya sangat malu untuk menonton kembali babak yang dilakonkan dalam filem #Kapsul terutama sekali adegan rogol.
Menurut aktres ini Jue sangat teruja untuk berlakon sebagai Fatimah di dalam filem ini memandangkan dirinya sudah jatuh cinta setelah membaca skrip yang diberikan pihak produksi.
“Skrip filem ini sudah agak lama di tangan, namun ia senyap begitu saja hingga pada tahun 2013, produksi menawarkan kembali watak Fatimah. Sudah tentu saya tidak mahu melepaskannya kerana saya sudah jatuh cinta sejak pertama kali membaca skripnya dulu.
“Walaupun babak membabitkan Fatimah tidak banyak, tetapi ia meninggalkan kesan yang cukup mendalam terutama apabila dirogol oleh tentera Jepun. Sebenarnya saya malu untuk melihat kembali babak itu kerana ketika penggambaran, saya masih belum bertudung,” jelasnya.


Previous
Next Post »