Pelajar Cantik Nor Artikah Alias Mangsa Kebakaran Moscow Meninggal Dunia

Nor Artikah Alias Mangsa Kebakaran Moscow2

Al-Fatihah untuk Nor Artikah Alias yang meninggal dunia akibat komplikasi pernafasan setelah menjadi mangsa kebakaran asrama di Moscow 22 April lalu. Khabarnya Nor Artikah Alias merupakan antara 24 pelajar Malaysia yang terbabit dalam kebakaran tersebut.
Menurut Timbalan Ketua Perwakilan Kedutaan Besar Malaysia di Moscow, Francisco Munis, Nor Artikah Alias, 25, meninggal di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sklifosovskogo kira-kira jam 2.30 petang (waktu Moscow).


Nor Artikah Alias


Berikut merupakan komen kedutaan Moscow

“Pihak kedutaan sedang membantu keluarga mangsa dengan menghantar jenazah pulang ke Malaysia. Keluarga mangsa juga telah berada di sini sejak Sabtu lalu,”

Mangsa Kebakaran Moscow Meninggal Dunia


Pelajar Cantik Nor Artikah Alias Mangsa Kebakaran Moscow

Paling menyayat hati apabila gadis cantik ini melecur 30 peratus di muka, tangan dan kaki. Untuk rekod, Nor Artikah Alias merupakan penuntut tahun akhir Universiti Penyelidikan Perubatan Kebangsaan Russia (RNRMU). Kalau dengar kes seperti ini teringat pula kisah ‘Gadis Cantik UITM, Nursyuhada Mangsa Kelar Kerana Cinta‘.Humm macam-macam yang terjadi.
Sama-sama lah kita berdoa agar Nor Artikah Alias dan Nursyuhada ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin


Previous
Next Post »