Lisa Nafi Bersalin.....

LISA SURIHANI NAFI BELIAU BERSALIN......


Mengetahui ramai peminat yang menanti detik untuk Lisa Surihani bersalin dan melihat wajah bayi bersama suami tercinta, Yusry KRU ada pihak yang telah memanfaatkan situasi tersebut apabila menyebarkan berita kononya Lisa sudah melahirkan anak sulungnya hari ini.
Namun, menerusi akaun Instagram Lisa menafikan  berita tersebut yang bukan sahaja menyerbarkan berita selebriti itu sudah bersalin malah lengkap dengan foto bayi pasangan tersebut.

Berikut merupakan maklum balas Lisa dan Yusry.
Salam semua. Harap maklum, berita yang cuba disebarkan ini tidak sahih, tidak tepat dan tidak benar. Walaupun headline ditulis dengan ‘soalan’ , ia cukup sebagai satu taktik blogger supaya orang click untuk mereka capai hits yang diingini.
Baik saya ataupun Yusry belum lagi umumkan apa2, saya masih belum bersalin buat masa ini. Terima kasih ke atas sokongan anda semua, cuma ada beberapa saudara dan rakan yang terpedaya, saya cuma nak terangkan perkara sebenar. Doakan supaya semua dipermudahkan dan berjalan dengan lancar ya? Terima Kasih. :) Salam Ikhlas, Lisa Surihani dan Yusry.
Previous
Next Post »